Assalammualaikum,
Baru-baru ni Hubby Nad ada trip kerja. Balik aje dari trip tu dengan happynya dia kata kat Nad "surpriseee.. ada bawak balik something ni, ce tengok dalam beg tu ada apa". Ohhh Nad pun dalam hati apa lagi... macam nak meloncat la kan. Duk fikir apa la agaknya surprise tu. Actually Nad expect makanan la sebab Nad ni kaki makan. hehehe...
Humphh.. tapi bila Nad bukak je beg tu memang tak disangkal lagi. Betul-betul terkezuttt dibuatnya! Lain yang kita bayang lain yang dapat. Nak tau apa hubby Nad bawak balik? Tu yang ada kat tajuk atas ☝🏼 IKAN BILIS TAMBAN. Yang Nad terkejut tu sebab punya la banyak sampai nak penuh balang besar Nad isi. Tambah pulak dalam peti ais dah memang ada stok ikan bilis tamban yang tak habis lagi. Boleh pulak hubby Nad buat surprise sampai macam ni. Katanya Nad suka sangat dengan ikan bilis tamban sebab tu la dia beli. awwww... shoo shuweettttt 🥰 Tapi macam melampau pulak tahap sweet dia tu...
Kisahnya harini Nad nak la hadiahkan hubby Nad dengan surprise dia tu, muahahahahaha!! Gelak jahat nampak... Kita masak special punya. Eh, memang special ok lauk ni sebab masakannya simple dan boleh mengundang ketagihan nak tambah nasi!
-Hidangan 2-3 orang-
(BAHAN-BAHAN)
1-2 genggam ikan bilis tamban
1/2 labu bawang besar
4 biji cili padi (potong serong)
(CARA-CARA)
🐟GORENG IKAN BILIS RANGUP
- Bilas ikan bilis dengan air. Tapis air. Kalau rajin lap dengan tisu untuk elak seminima mungkin air melekat pada ikan bilis.
- Panaskan kuali dengan minyak yang banyak (agak-agak ikan bilis tamban akan tenggelam).
- Bila minyak dah panas, hati-hati masukkan ikan bilis.
- Tunggu sehingga ikan bilis dah agak keperangan dan buih-buih air ikan bilis semakin menghilang. Angkat dan letak atas pinggan yang dah dilapik tisu untuk sejat minyak gorengan.
🌶GORENG BAWANG & CILI
- Goreng bawang dan cili menggunakan minyak ikan bilis tadi untuk dapat rasa ikan bilis.
- Kacau rata. Boleh angkat bila bawang dah layu dan nampak jernih.
- Tabur di atas ikan bilis dan siap untuk dimakan!
⭐️Tips:
1. Nak lagi best, tambah hirisan bawang putih digoreng sekali dengan bawang besar dan cili api.
2. Kalau suka bawang yang garing boleh goreng sedikit lama tapi akan ada rasa pahit dan hilang manis bawang.
3. Nak dapat ikan bilis yang rangup, mesti goreng sampai buih air habis tapi jangan sampai ikan bilis hangit. Warnanya cantik bila dah perang.
4. Jangan goreng bawang sekali dengan ikan bilis. Nanti ikan bilis jadi lemau.
5. Boleh perahkan limau nipis di atas ikan bilis semasa nak makan. Penambah selera ni.
6. Ikan bilis tak habis? Simpan dalam bekas bertutup. InsyaAllah esok lusa makan masih rangup.
Ini rupa sebelum digoreng. Ngeri ke? Comel je Nad tengok hahaa.. sedap yang teramat sangat makan dengan nasi. Menu ni la yang Nad selalu makan masa kecik dulu.
Apa pun, thank you suami ku yang tersayang sebab ingat dengan benda yang kita suka makan. I is terharuuuu 😭 Semoga ikan bilis ni akan cepat berkurang la ya.. Kalau tak jenuh jemu lerrr~

🌻Kongsi resepi, kongsi rezeki🌻
Ada jodoh, jumpa lagi di post yang berikutnya.

Comments
Post a Comment