Gulai Ayam Utara (Tanpa santan) Sedap dan sihat!

Assalammualaikum,

Orang kata azam tahun baru ni selalunya hangat-hangat tahi ayam~ emm... ada betulnya tu sebab Nad pun tergolong dalam orang yang suka sangat pasang bermacam-macam azam, hahahahaha..
Tapi itu dulu la, dah makin lama ni makin tak berazam pulak Nad ni. Berbeza yaaa dengan tahun ni.

jengjengjeng!

Yup, Nad dah ada azam baru. Dua je azam Nad untuk tahun ni, nak tergelak pun ada sebab azam Nad yang satu ni terlampau cliche laaa.. nak tau tak apa?

Nad nak . . . k u  r   u    s  😅

muahahahahah!!!! ya ya nampak macam mustahil tapi apa salahnya kita mencuba.
Azam yang lagi satu? biarlah rahsia~

Ok, berbalik pada tajuk di atas, ada la kena mengena dengan azam yang Nad baru cerita tadi.
Nad ni orang utara, jadi wajiblah kami-kami yang duk belah utara ni untuk sentiasa menikmati lauk ber-gulai a.k.a kari. Tapi disebabkan nak cuba kurangkan berat badan (tak gemuk tapi nak maintain current weight aje), memang susah sangat nak ketepikan lauk kegemaran ni. Seksa jiwa tau kalau tak dapat makan gulai!

Jadi, Nad cuba la cari alternatif lain untuk gantikan kandungan yang berlemak dalam gulai tu. Mesti semua tau kan? Santan. Kali ni Nad masak tak guna santan tau. Nad ganti dengan Natural Yogurt. Sebenarnya, kalau google atau tengok Youtube cara masak gulai dari negara oversea sana tu, ramai je yang masak guna yogurt atau cream. Yela kan, tak semua negara ada santan. Nad perasan kebanyakan negara yang guna yogurt dalam masakan gulai / kari ni dari negara India. Infact, banyak lagi makanan orang India ni yang gunakan yogurt.

So, jom Nad share resepi Gulai Ayam Utara versi Nanad. Resepi ni Nad belajar dari mama & tok Nad ya. Boleh kata macam resepi turun temurun. Rasanya mesti ramai jugak orang Utara yang masak gulai seakan sama kan? 

Hidangan ni untuk 2-3 orang.

BAHAN-BAHAN:
5 ketul potongan ayam (size sederhana) Nad suka bahagian isi beserta tulang
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
Rempah kari (rempah favourite mama, rempah daging Faiza)
- masakan ni Nad habis stok rempah daging, yang tinggal cuma rempah ikan.. Nad guna je, kejadiannya sama jugak uolls.. hihi
Yogurt asli 1/2 cawan, Nad guna brand Nestle (kalau santan 1 kotak + suku air santan kotak - ikut kepekatan kuah yang menjadi pilihan)
Air 1 1/2 cawan
3 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
1-2 biji ubi kentang (potong 4)
5-6 helai daun kari (ikut lebar daun - kalau kecil, lebihkan daun kari)
Garam secukup rasa
Perasa & gula boleh tambah jika suka
Minyak masak anggaran 6-7 sudu besar (jangan sikit & jangan melimpah pulekk)

(Bahan hirisan tumis)
Hiris nipis bawang merah, bawang putih 2 ulas & halia

(Bahan di kisar)
- Bawang besar & bawang putih 4 ulas (isi air jangan sampai tenggelam bahan nak kisar ni & jangan terlalu sikit)
- Kacau sebati bahan kisar dengan rempah

CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan & daun kari sehingga naik bau yang wangi semerbak. Haip!! Jangan biarkan terlampau keperangan, takut nanti cepat hangit.
2. Masukkan bahan kisar yang sudah di campur & di gaul sebati bersama rempah.
3. Tumis sehingga pecah minyak sikit. Jangan berhenti kacau untuk elakkan rempah melekat pada priuk & hangit.
4. Bila dah agak kering, masukkan air. Boleh kuatkan api sikit.
5. Bila kuah dah agak menggelegak, masukkan ayam kemudian ubi kentang.
6. Masukkan garam & perasa secukupnya.
7. Periksa ubi kentang, tunggu sehingga hampir sesangat empuk.
8. Bila kuah dah menggelegak, perlahankan ke api sederhana kemudian masukkan yogurt/santan & kacau hingga sebati.
9. Jangan lupa rasa tau! Kalau semuanya ok, boleh tutup api & gulai uolls dah siappp.

Hidangkan bersama nasi panas. Biasanya Nad akan masak gulai ayam & gandingkan dengan tempe goreng ditaburi bawang & cili api goreng (sejat minyak okk). Nikmatnya tak terkata.

⭐️Tips:
- Yogurt kena masukkan masa gulai hampir siap untuk elakkan Yogurt bergumpal. Sensitif sikit tau Yogurt ni tapi jangan risau, kalau nampak Yogurt gumpal-gumpal halus sikit tu tak terjejas pun rasa gulai tu.
- Resepi ni stepnya sama juga kalau nak guna santan.
- Gulai ayam untuk juadah raya, kita akan masukkan 1 bahan tambahan iaitu kerisik. Air pun kena kurangkan sebabnya, gulai ayam raya ni sedap dimakan pekat & likat. Baru la terangkat makan dengan nasi impit, lemang atau ketupat!




Semoga resepi ni akan menjadi kesukaan awak-awak diluar sana ya.
🌻Kongsi resepi, kongsi rezeki 🌻

Ada jodoh, jumpa lagi di post yang berikutnya.

Comments