Assalammualaikum,
- posting panjang-
Kalau ikut bulan ni dah masuk bulan ke3 Nad sudah bergelar sebagai surirumah tangga sepenuh masa. emm... heaven jugak rasanya jadi full-time housewife ni, hihihi... eh, jangan ingat Nad duduk relax goyang kaki hadap tv je tau kat rumah. Boleh kata macam-macam jugakla Nad buat dari memasak, mengemas, membasuh sampai la ke mengubah-ubah perabot dalam rumah ni. Kadang-kadang bila perasaan boring tu dah memuncak, mula la jadi terlebih rajin. En hubby asal balik rumah je terkezut... "eh harini sofa kat sini, eh esok meja makan kat situ pulak.." Nampak tak wife dia pun seharian bz tauu... 😝
Dalam pada mengerjakan rutin tetap housewife ni, Nad ada jugak usha-usha jawatan kosong kat website.. Yela, bila dah terbiasa kerja sebelum ni ada jugak terindu nak kerja balik. Maklum la umur Nad pun boleh kata muda lagi (perasannya..) jadi apa salahnya kan nak cuba cari peluang baru. So, satu hari ni Nad terjumpa iklan temuduga terbuka untuk jawatan PSH di Jabatan Perangkaan Putrajaya di bawah unit Malaysian Bureau Labour Statistics (MBLS). Memandangkan jawatan ni adalah temuduga terbuka yang diadakan tak jauh dari rumah Nad dan bidang yang Nad belajar termasuk dalam salah satu kelayakan yang dibenarkan jadi Nad pun nak la pegi!
Alkisahnya, Nad ni masih blur-blur dengan jalan kat area rumah Nad. Jadi beberapa hari sebelum interview Nad dengan hubby decide untuk tengok jalan dalam usaha untuk bagi Nad ni hafal jalan dan simpang yang nak kena masuk hahahahaha... Waze dengan Maps ada je tapi saja nak cam jalan supaya hari kejadian nanti tak la kelam-kabut sangat kannn..
Hari kejadian dah tiba, pagi-pagi lagi laki bini dah siap. Sorang memang keluar untuk ke tempat kerja hakiki dan sorang lagi keluar untuk ke pusat temuduga, yeay!!! (Dalam hati nervous tu tak terkata). Perjalanan yang pendek sangat lancar sampai la Nad tiba di bangunan kerajaan tu. Best kan kalau dapat kerja area Putrajaya ni, Rasa tenang ja.. Pagi tu Nad adalah kereta ke3 yang parking kat tempat parking pelawat. Awal gilerrr k sampai pukul 7. Tapi Nad naik kat bangunan tu dalam pukul 8 lebih sebab temuduga mula pukul 9.
Masa jalan nak menuju ke bangunan blok 5 tu Nad sempat la berbual dan buat kawan dengan geng interview, ada 2 orang. Gigih tau sorang dari Perak dan sorang lagi dari Batu Caves. Tengok betapa orang ramai berusaha nak kan kerja sanggup datang dari jauh. Bila dah sampai, kitorang pegi ke satu ruang menunggu dan masa yang still awal tu dah ramai jugak yang sampai dan dapat duduk. Jadi Nad and the geng terpaksa la berdiri di luar bilik menunggu. (Kitorang still antara yang terawal, tak dapat duduk sebab row kerusi cuma ada 2 saja). Tunggu punya tunggu makin ramai la yang hadir dan beratur kat belakang kami... Cuma Nad terkilan sikit dengan sikap beberapa orang yang datang haritu, bukan semua tapi segelintir. Ada 3-4 orang (satu geng) berpakaian formal - blouse, pants and blazers. Tak beratur tapi berdiri berkumpul di tepi line orang yang BERATUR. Elok je time staff situ panggil untuk register, geng-geng tu sukahati je potong line orang beratur. Oohh panas hati tengok 😡. Macam ni ke sikap orang yang datang nak minta kerja? Kalau beratur pun tak boleh sabar, tak ada toleransi, taktau la sikap sebenar bila dah kerja macam mana.... Ikutkan diorang tu boleh je beratur sebab awal jugak sampai tapi entah kenapa taknak beratur.. Pakai smart dan kemas tak menjamin sikap yang boleh dicontohi.
huh... ok masa register staff minta dokumen yang diperlukan dan diorang asingkan setiap orang kepada "group bidang tertentu". Maksudnya group bidang belajar yang mana agak berkaitan (diasingkan mengikut warna label no giliran). Diorang akan bagi satu artikel english. Jadi masa tu Nad dapat label no giliran warna hijau dan artikel yang Nad dapat tu cakap pasal ekonomi la. Dah nama pun interview kat Jabatan Perangkaan kan?? Nad tengok kawan Nad dapat artikel lain sebab berbeza "label bidang" dan artikel dia ada banyak percentage dan numberings. Berlainan dengan Nad yang cuma artikel biasa keratan dari akhbar. So, macam lega la jugak kan sebab artikel senang faham dan masa tu masih bingung dengan function artikel tu sebenarnya.
Tak lama lepas register, nombor giliran Nad dipanggil dan kena masuk dalam bilik mesyuarat mengikut turutan no giliran. Jadi dalam bilik tu ada dalam 8 orang tak silap Nad dari label berlainan, contohnya; 101, 201, 301, 401..... macamtu la.. Kami akan duduk di tempat yang disediakan yang sudah ada sebuah laptop dan beberapa helaian kertas soalan. Staff situ terangkan apa yang kami perlu buat iaitu menjawab soalan berdasarkan yang tertera di kertas soalan. Ada 2 bahagian soalan, ada orang dapat soalan satu dan ada yang dapat soalan dua. Nad dapat soalan satu yang mana Nad kena jawab soalan MATEMATIK. huaaaaaa....... dalam masa 15 minit pulak tu!! Well, actually soalan tu basic je, senang jugak cuma kalau nak siapkan dalam masa 15 minit tu agak menguji kekalutan diri 😥
Berakhir sudah 15 minit, redha saja dengan jawapan yang Nad dah siapkan. Kemudian kami dipanggil oleh staff untuk ke bilik panel penemuduga. Ada beberapa bilik temuduga kat situ. Kami pula dipanggil secara berkumpulan mengikut label warna yang sama. Ya, macam yang Nad expect, temuduga terbuka ni ramai orang so mesti kena interview secara "grouping" untuk mempercepatkan proses. Nad interview dengan 2 lagi candidate. Penemuduga kami ialah perempuan, baik dan sangat membantu dalam memberi penjelasan tentang skop kerja di jabatan.
Macam biasala, masing-masing akan ambil giliran untuk jawab soalan panel. Seingat Nad cuma ada 3 soalan yang diajukan; perkenalkan diri, pendapat tentang artikel yang diberikan dan satu lagi Nad tak ingat soalan apa hehh... Alhamdulillah semuanya Nad dapat jawab dengan setenang-tenang hati Nad. Lepas habis sesi soal jawab, panel tu bagitau, lagi beberapa hari pihak MBLS akan call untuk maklumkan yang kita berjaya. Tapi kalau tak dapat call pada hari tersebut maka janganlah berkecil hati ataupun keciwaaaa... Nad habis interview awal dalam pukul 10, keluar je dari bilik dan nak turun lif Nad nampak punya la ramaaaaai manusia yang masih menunggu untuk register. Nad tengok pun macam nak pengsan, nasib baik Nad pegi awal.
Jadi apa resultnya? Boohoohoo.... 😭 Nad tak dapatla call tu makna kata Nad bukanlah yang terpilih di dalam ramai-ramai orang yang datang. Tapi tak apa, Nad tak anggap negatif atau sedih berpanjangan. Tu semua rezeki dan pengalaman hadir ke temuduga. Takat ni memang dah banyak temuduga yang Nad pegi dari sebelum kerja lagi. Temuduga terbuka pulak baru 2 kali Nad cuba termasuk yang PSH ni. Orang kata PSH ni tak ada jaminan pun untuk dapat jawatan tetap tapi daripada tak ada kerja baik la kita pegi mencuba nasib ye dak?
Ok lah itu saja cerita pengalaman Nad. Buat yang akan hadir ke temuduga samada secara terbuka atau pun tak, just go and do your best! 👍 Semoga apa yang Nad share ni dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan tentang sesi temuduga serta suasana temuduga.
Yang paling penting, kita sebagai seorang yang nak mencari kerja, kena la tunjuk sikap yang bagus dan berhemah. Ingat.. banyak mata-mata yang memerhati. Buatla apa pun dengan sikap yang jujur dan bawak-bawak bersabar. Rezeki tak pernah salah alamat.
Ada jodoh, jumpa lagi di posting berikutnya.

![]() |
| gambar dari google |

Comments
Post a Comment